Sunday, August 27, 2017

Agar-agar longan kering dan cincau

Harini resepi agar-agar bersifat oriental sedikit. Isi rumah ni memang suka dengan air longan dan lohongko. Memang sedap. Jadi kali ni, cuba buat agar-agar longan pula. Lohongko tak ada dalam pantri, jadi cukup lah dengan longan kering sahaja. 

Agar-agar tali 10g
Air 1.3ltr
Gula batu 1/4cup
Gula pasir 1/2 cup
Longan kering 1 genggam
Cincau 1/2 batang


  1. Rendam agar-agar tali sekurang-kurangnya setengah jam. Harini terlupa pula pasal agar-agar tu. Semalaman terendam. 
  2. Masukkan air dalam periuk, panaskan ari kemudian masukkan longan kering dan gula batu.Sehingga longan kembang dan gula batu cair.
  3. Masukkan agar-agar tali. Masa ni rasa bagus bila agar-agar direndam lama, dia cepat cair. Masukkan gula.
  4. Cincang cincau ala-ala dadu. Masukkan dalam loyang agar-agar.
  5. Tuang adunan periuk dalam loyang agar-agar.
  6. Cuba pastikan longan sekata dibawah dan cincau juga sekata. Bila adunan sudah kurang panas, masukkan dalam peti sejuk. 

Friday, April 21, 2017

Cucur Udang Rangup

Cucur Udang Rangup Tebaboom




500gm udang kertas (buang kepala)
2 cawan tepung
1 biji putih telur
1 tsp cuka
1 1/2 tsp secukup rasa
1/2 tsp garam
1-2 biji bawang holland (hiris menegak)
sedikit kunyit untuk warna
air utk bancuh. agak-agak aje kasi tepung melekatkan segala isi bahan.
 Sayur-sayuran. tahap ni sesuka hati. Kalau tak nak sayur lain pun ok. Saya letak kobis hiris halus supaya budak-budak tak perasan.

Cadangan Sayur:
Taugeh - letak segenggam atau lebih
carrot sagat
Daun kucai 
Kobis atau apa-apa yang sesuai la. Kita yang buat dia. :)


  1. Campur semua bahan. Tuang sesenduk dalam minyak panas. kemudian penyet-penyetkan kasi dia leper.
  2. Angkat, toskan minyak. dan gunting-gunting ala-ala jual kat gerai tepi jalan. Ferrr.
  3. Kalau makan dengan kuah kacang lagi mantap. Tapi saya malas. sos cili je pun dah tebaboom. Rangup bak ang.
  4. Simpan lebihan adunan dalam peti. Pagi esok letak air sikit sebab dalam peti dia kering sikit kan, godeh semula dan ulang goreng. Still rangup tebaboom. 


Selamat Mencuba.




Wednesday, October 7, 2015

Masak utk anak dan tempe sambal


If i cook macam tebaboom. Then anak aku tak makan. Serious tak guna.

Anak nak makan masak kicap. Nasi dengan kicap bawang aje. Dalam peti ada sosej. Campak sosej dalam tu. Dan telur mata. Sangat bukan instagram/fb worthy. Ahahahhaa.

Mama, tempe yang orang amik tu. Orang dah goreng dan campur kat sambal tempe yang orang tapau. Jangan risau. Along dah rasa sekali. Dia makan tambah-tambah. Letak kat fb dia. Orang igt dia yang masak. Ada orang minta resepi. Ahahahahha. Along ingat orang yang masak. Rupanya, mama yang masak. Tq mama.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 29, 2015

Doa & zikir ketika di dapur.

Bila memasak didapur. Dapat daripada lingkungan facebook. Tak tau asal sebenar dari mana.

Letak disini supaya tak terlupa.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 24, 2015

Roti jala dan kuah kari ayam

Roti Jala

2 3/4 cup air
3 cup tepung gandum
2 telur
1/2 tsp garam
2 titis perwarna kuning

Bahan-bahan diatas di blender sebati.

Tuang didalam tube seperti gambar dibawah. Ada juga yang guna botol mineral. Tapi saya sukakan gajet dapur. Murah aje beli di kedai rm2. Ada 3 corong. Tapi yang 5 corong ni memang lebih cantik dan natural macam acuan roti jala tradisional. Jalaannya lebih natural.







Ada video tapi tak dapat nak upload sebab tak ada wifi sekarang ni.

Tapi kat bawah ni adalah hasil jalaan.















Tuesday, June 23, 2015

Anak pokok kari

Anak pokok kari yang nenek bagi 5 minggu lepas dah alih ke tanah. Park dalam polibag dulu. Tengok menjadi ke tidak.

Mula-mula macam tak nak hidup. Layu semacam. Daun-daun gugur. Tetap siram macam biasa. Tapi hati berbunga-bunga bila nampak keluar pucuk baru. Yay!!!!!

Kemudian fikir nak letak mana pula. Letak kat setiap tiang pagar. Supaya tak kacau masa nak sidai kain. Tak tau la buah fikiran ini bagus atau tidak. Tapi what done is done.

Dah selamat. Lepas 5 hari alih ke tanah, tengok pucuk baru mendadak naik. Alhamdulillah. Kita tengok la macam mana ye.

Gas habis


Tengah-tengah nak masak lauk tambahan berbuka puasa, tiba-tiba api dapur padam.

Ayam belum habis goreng. Dah pukul 6.45pm. Anuar pergi ambil Iqbal dan beli lauk berbuka.

Alhamdulillah makan lauk berbuka beli dari pasar ramadhan. Nasi sahaja yang masak di rumah.

Lepas terawikh. Nuar bawa balik gas baru. Tak tau la bertahan sampai bila. Tak pernah dapat agak bila gas nak habis. Failed sangat.

Entry ni untuk personal note. Yang pada hari ini. Gas dapur penuh.

- Posted using BlogPress from my iPhone